CARA MINUM AIR YANG BETUL DAN BERKESAN
Bismillahirrahmannirrahim.
Alhamdulillah , hari ini kak izza kongsikan cara minum air yang betul lagi berkesan ye :).
Nak Tahu time bila yang berkesan kann??
Pertama.. ketika bangun pagi, disarankan untuk minum 1 gelas air alkali.Setelah tidur selama 6-8 jam, badan kita pastinya memerlukan air. Sekiranya air merupakan komponen pertama yang masuk ke dalam tubuh kita, seluruh organ pencernaan akan segar dan air tadi akan membersihkan perut sebelum kita mengambil sarapan.
Minum air alkali sekurang-kurangnya 30min sebelum makan. Ini kerana ia dapat merangsang rembesan asid hidrochloric untuk percernaan dan penyerapan nutrien secara efektif dalam badan kita.
JANGAN minum air ketika makan, terutamanya air alkali kerana ini akan meneutralkan asid hidroklorik dalam perut. Sekiranya asid hidroklorik dalam perut menjadi neutral, pencernaan tidak dapat berlaku dengan sempurna dan lambat.
Walau bagaimanapun, makan sambil sulam air mmg tidak digalakkan (macam mak2 kita duk pesan tu) sbb ia akan mencairkan asid hidroklorik dan seterusnya melambatkan pencernaan dan penyerapan nutrient ke dalam badan. Tu yg perut jadi buncit tu.
Nak perut slim melim TUNGGU sekurang-kurangnya satu jam selepas makan untuk minum air. Biarkan makanan tersebut hadam ke dalam perut terlebih dahulu.
Gambar di bawah adalah salah satu cara yang kak izza amalkan untuk memenuhi keperluan MINUM AIR yang MENCUKUPI setiap hari. Senang bukan?? Hehe. Dengan cara ini, kita dapat pastikan kita minum air yang cukup setiap hari.
Semoga bermanafaat 😘
Comments
Post a Comment